Langkau ke kandungan
Wakaf Al-Quran Pendidikan DiRaja

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Program Wakaf Al-Quran Pendidikan DiRaja

Satu murid,
satu naskhah Al-Quran.

Bersama Wakaf DiRaja Sultan Idris Mursid Ul Adzam Shah, lengkapkan mushaf Al-Quran bertajwid dan bertafsir untuk murid-murid sekolah di Negeri Perak. Mulakan dengan serendah RM25.

Naskhah Al-Quran wakaf Program Pendidikan DiRaja

Senaskhah

RM75

atau seikhlas hati

5,843

Mushaf Al-Quran diperlukan

100

Sekolah memohon (fasa pertama)

RM438,225

Jumlah keseluruhan diperlukan

RM75

Senaskhah Al-Quran

Kutipan semasaLANGSUNG

RM4,405/ RM438,225

≈ 58 naskhah daripada 5,843

1.0% tercapai · Dikemas kini secara automatik setiap kali wakaf dalam talian berjaya

Kaedah berwakaf

Telus dan mudah difahami: ke mana setiap ringgit pergi

Langkah 1 — Faham konsep bahagian

1 naskhah = 3 bahagian × RM25

Program ini menggunakan Wakaf Musytarak (wakaf bercampur). Sumbangan beberapa pewakaf digabungkan menjadi satu naskhah. Jadi anda boleh mula dengan serendah RM25, dan insya-Allah pahalanya dikongsi bersama setiap kali naskhah itu dibaca.

Wakaf 1 bahagian RM25

Sepertiga naskhah

Wakaf 2 bahagian RM50

Dua pertiga naskhah

Wakaf 3 bahagian RM75

Senaskhah penuh

=

Contoh: 3 orang masing-masing wakaf 1 bahagian (RM25) → terhasil 1 naskhah Al-Quran untuk seorang murid.

Langkah 2 — Ke mana wang anda pergi

Setiap RM75 dipecahkan begini

Mushaf Al-Quran (80%)
Nilai sebenar senaskhah Al-Quran yang diwakafkan kepada murid.
Wakaf am (20%)
Pembangunan usaha-usaha wakaf oleh Wakaf DiRaja Sultan Idris Mursid Ul Adzam Shah.

Setiap 1 bahagian (RM25) = RM20 mushaf + RM5 wakaf am. Nisbah yang sama digunakan untuk sebarang jumlah.

Mushaf Al-Quran wakaf berkulit kuning

Tentang program

Wakaf Al-Quran Pendidikan DiRaja — Sultan Idris Mursid Ul Adzam Shah

Sebuah program dakwah wakaf pendidikan yang bertujuan membantu melengkapkan prasarana Al-Quran yang sesuai dengan pendidikan di sekolah-sekolah dalam Negeri Perak Darul Ridzuan, ke arah matlamat 1 murid memiliki 1 naskhah Al-Quran.

Rakan strategik utama

Wakaf DiRaja Sultan Idris Mursid Ul Adzam Shah
Kementerian Pendidikan — Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk)
Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

Kempen

1 Keluarga,
Wakaf 1 Al-Quran

Marilah kita bersama-sama mengambil peluang membantu dan berwakaf dengan niat memperkasakan pendidikan Al-Quran untuk anak-anak bangsa kita.

  1. 1

    Membantu melengkapkan prasarana mushaf Al-Quran di sekolah-sekolah dalam Negeri Perak Darul Ridzuan, ke arah matlamat 1 murid memiliki 1 naskhah Al-Quran.

  2. 2

    Menyuntik semangat murid untuk cepat menguasai Kalamullah dan memahami makna ayat-ayat suci Al-Quran.

  3. 3

    Melancarkan aktiviti-aktiviti pembudayaan bacaan dan pendidikan Al-Quran di sekolah.

  4. 4

    Satu bentuk program sokongan pembangunan pendidikan daripada institusi Wakaf DiRaja, NGO dan universiti kepada komuniti.

Sertai kempen
Poster Kempen 1 Keluarga, Wakaf 1 Al-Quran

Al-Mauquf

Al-Quran yang diwakafkan

Bukan sekadar mushaf, tetapi alat pendidikan yang lengkap untuk murid sekolah.

Contoh mukasurat isi kandungan Al-Quran terjemahan

Mushaf Resam Uthmani

Al-Quran Al-Karim Mushaf Resam Uthmani dengan terjemahan Bahasa Melayu dan tafsir, beserta hukum tajwid berwarna.

Untuk pendidikan & PdP

Sesuai dengan konsep pendidikan, pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Terjemahan dan tafsir membantu murid memahami maksud ayat.

Dicetak khas & disemak

Dicetak khas dengan logo rakan strategik di kulit hadapan. Diluluskan dan disemak oleh Lajnah Tashih Al-Quran, KDN Malaysia.

Impak wakaf

Pahala yang terus mengalir, ilmu yang terus dibaca

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan doa anak yang soleh.”
Riwayat Muslim
  • 01

    Melengkapkan prasarana Al-Quran di sekolah-sekolah yang memerlukan dan memohon melalui program ini, secara holistik.

  • 02

    Menambah baik Al-Quran sedia ada kepada Al-Quran bertajwid dan tafsir berterjemahan, mengikut keperluan sekolah.

  • 03

    Menggantikan Al-Quran lama yang telah rosak dan usang.

  • 04

    Melancarkan aktiviti pembelajaran Al-Quran di sekolah dan meningkatkan kefahaman Al-Quran dalam kalangan pelajar.

  • 05

    Mendidik masyarakat tentang kepentingan berwakaf dalam pendidikan dan membantu anak-anak celik Al-Quran.

Galeri & media

Program ini di udara IKIM.fm

Temubual bersama YM Raja Hazwan Shah dan Pn Fatimah Zahra tentang Program Wakaf Al-Quran Pendidikan DiRaja.

Barisan penganjur dan tetamu di studio IKIM.fm
Penganjur bergambar di hadapan logo IKIM
Sesi temubual radio di IKIM.fm
Suasana studio ketika siaran langsung

Jadi sebahagian daripada amal jariah ini.

Wakaf dalam talian melalui FPX (ToyyibPay), atau pindahan terus ke akaun bank Wakaf DiRaja.

Wakaf dalam talian
CIMB

Pindahan bank terus

Wakaf DiRaja Sultan Idris Mursid-Ul-Adzam Shah

8602 35 2737

Rujukan: WAKAF QURAN

Selepas pindahan, hantar bukti bayaran melalui WhatsApp kepada pegawai di bawah untuk mendapatkan resit wakaf.